Monday, March 28, 2011

Rimbamalam ft. Grand March@Lubuk Tedung

Semua Peserta Seramai 19 Orang (termasuk saya sebagai jurugambar)

Kemensah, 26 March 2011- Rimbamalam Adventure Team (RMAT) dengan kerjasama rakan-rakan dari Grand March Sdn. Bhd.(GMSB) telah berjaya menjayakan aktiviti memburu hasil sungai di Lubuk Tedung, Kemensah, Ulu kelang, Selangor D.E. Pogram yang direncanakan oleh rakan-rakan dari GMSB yang dikepalai oleh pengerusi RMAT selaku "guide" iaitu En. Fakry bin Shaik dan juga dibantu oleh "sweeper" En. Rambo yang telah membawa group pertama masuk ke "basecamp" seawal pagi kurang lebih jam 02:30 a.m. dengan "strength" seramai 13 orang dan Alhamdulillah selamat tiba pada jam kurang lebih 05:30 a.m.............




Bersiap Untuk Memulakan Perjalanan
Dan seterusnya pada jam 12:30 p.m. hari yang sama, saya bersama-sama dua lagi warga GMSB dan seorang daripada RMAT iaitu En. Faris telah bertolak dari parkir kereta menuju ke "basecamp" untuk bersama-sama menjayakan program ini...........













Berehat Sebentar
Pelbagai cabaran dan dugaan yang kami hadapi kerana terpaksa meredah trek yang baru dan tidak pernah dilalui oleh saya selaku "guide". Ini kerana trek asal telah pun ditutup kerana merbahaya akibat daripada aliran-aliran air yang secara tidak langsung menghakis laluan tersebut dan terbentuk saluran "V" sedalam 2 meter..........










Bukit Bodoh
Dan disebabkan itu juga kami telah tersilap memilih simpang dan akhirya telah tersesat dan memakan masa hampir setengah jam untuk berpatah balik mencari jalan yang sebetulnya. Dan akhirnya kami jumpa "trek" yang memerlukan kami memanjat "bukit bodoh" yang sememangnya menguji mental dan fizikal kami...............











Puncak Bukit Bodoh

Setelah bersusah payah akhirnya kami tiba di puncak "Bukit Bodoh" dan berehat kerana mengenangkan rakan yang terbaring akibat kepenatan. Namun demikian, dia masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan dah tahniah buat En. Effendy Musa kerana "steady" mengharungi cabaran-cabaran sepanjang perjalanan............
Menghilangkan Penat


Minum Dulu


En. Faries (RMAT)



En. Shah & En. Effendy


Kelaparan Setelah Pulang Dari Memburu
Dan akhirnya kami tiba di "basecamp pada jam 16:15 p.m. dan kebetulan rakan-rakan baru pulang dari memburu hasil sungai dan berjaya membawa naik hasil seperti tengas, sebarau dan baung untuk dijadikan santapan makan malam kami..............











Campsite



Tukang Masak



Take 5


Menikmati Juadah Segar Dari Sungai


Tengas dan Sebarau Bakar

Setelah Penat Memburu


Sebarau Masak Kari



Riadah










Membara





En. Rambo



Shooting



Butterfly



Indah Ciptaan Tuhan












3 comments:

  1. perghh!!! cun la pic 2..thumb up la..:)

    ReplyDelete
  2. jom stat wat outdoor....p kene cr tripod ngan remote wireless laaa....baru bes.....

    ReplyDelete
  3. 18-200 nikkor...mari2 !! murah2 !! hahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...